Apa Itu Kelumpuhan Tidur?
Kelumpuhan tidur(Sleep Paralysis)merupakan salah satu jenis parasomnia iaitu gangguan tidur yang menyebabkan suatu kejadian atau pengalaman yang tidak diinginkan yang terjadi saat kita baru tertidur, sudah terlelap atau saat terbangun dari tidur. Kelumpuhan tidur adalah suatu keadaan di mana badan menjadi lumpuh dan tidak mampu untuk bergerak ketika tidur atau apabila bangun tidur. Individu yang mengalami kelumpuhan tidur akan mengalami masalah seperti tidak dapat menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara, berasa tubuhnya kehilangan sensiviti, degupan jantung meningkat dan berasa seperti badannya ditindih sesuatu. Kelumpuhan tidur juga biasa didatangi dengan halusinasi dan mimpi ngeri yang membuat situasi ini lebih menakutkan. Kelumpuhan tidur biasanya berlaku disebabkan tekanan, kelelahan dan tidur yang tidak konsisten ataupun mencukupi.Jenis Kelumpuhan Tidur
Kelumpuhan tidur boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
- Hypnagogic or predormital sleep
- Hypnopompic or postdormital sleep
Hypnagogic sleep berlaku semasa hendak tidur manakala hypnopompic sleep berlaku semasa baru bangun dari tidur.
Bagaimana Kelumpuhan Tidur Berlaku
Hypnagogic sleep
Semasa anda tidur, tubuh anda akan perlahan-lahan berada dalam keadaan tenang. Biasanya anda menjadi kurang sedar, jadi anda tidak melihat perubahan itu. Walau bagaimanapun, jika anda kekal atau sedar semasa tidur, anda mungkin dapat melihat bahawa anda tidak boleh bergerak atau bercakap.
Hypnopompic sleep
Secara khusus, kelumpuhan tidur yang berlaku semasa bangun daripada tidur diyakini berhubungan dengan masalah mengatur gerakan mata ketika tidur atau rapid eye movement (REM). REM adalah salah satu fasa semasa tidur di mana mimpi sedar(lucid dream) berlaku. Semasa fasa REM, aktiviti neuron dalam otak adalah sama dengan aktiviti otak semasa bukan dalam keadaan tidur. Untuk mengelakkan daripada mencederakan diri atau orang lain, otak kita melumpuhkan badan kita. Otak kita menghantar neurotransmitter GABA dan Glycine untuk menyekat motor neuron di saraf tunjang kita, menyebabkan segala pergerakan badan disekat. Oleh itu, apabila kita bangun sebelum fasa REM selesai, kita akan berada dalam keadaan sedar tetapi tidak tidak boleh menggerakkan badan.

Cara Menghindari Kelumpuhan
Tidur
- Cuba memastikan dan mengatur agar dapat tidur dalam posisi santai, serta usahakan supaya tidak terlalu lelah semasa ingin tidur. Hal ini kerana kelelahan yang parah cenderung meningkatkan kemungkinan mengalami kelumpuhan tidur.
- Usahakan untuk tidur dengan nyenyak, dalam arti kata lain, tidak sering terbangun atau tidak merasa gelisah semasa tidur.
- Jika pernah mengalaminya, cuba untuk mengidentifikasi penyebabnya sehingga dapat menghindari situasi atau keadaan yang terkait.
- Usahakan tidur di tempat yang tenang dan memiliki pengudaraan yang baik seperti ruangan berangin.
- Sebelum tidur cuba untuk melakukan beberapa latihan pernafasan atau membaca sesuatu yang menyenangkan dan lucu. Cara ini boleh menghilangkan kecemasan yang boleh menjadi faktor penyebab kelumpuhan tidur.
- Jika mengalami kelumpuhan semasa tidur, usahakan untuk menarik nafas sedalam-dalamnya dan keluarkannya dengan secara paksa. Hal ini boleh membantu seseorang untuk terjaga.
- Jika berasa akan mengalami kelumpuhan tidur, cuba untuk melakukan beberapa jenis gerakan seperti menggerakkan jari sebagai bentuk perlawanan.

This is a very useful informations!
ReplyDeleteThank you for the infos!
ReplyDeleteIt's nice that I stumbled upon this article, since I've been experiencing this since I was only 5 and I'm constantly looking for ways to prevent myself from having sleep paralysis. All in all, I gained something new from reading this and it's actually practical haha, anyway thanks author!
ReplyDelete